Syariah Publications

Publikasi Opini Syariah dan Khilafah

Apakah Syari’at Islam Berlaku Juga Bagi Non-Muslim?

Posted by admin On October - 16 - 2006

Drs. Hafidz Abdurrahman, MA

Soal: Apakah dalam negara Khilafah penerapan syariat Islam berlaku
juga bagi non-Muslim? Bagaimana negara Khilafah menerapkannya kepada
mereka?

Jawab: Dalam pandangan Islam, orang yang menjadi objek hukum (al-
mahkum ‘alayh) disebut mukallaf bi al-ahkam atau biasa disingkat
mukallaf. Mukallaf adalah orang yang menjadi objek khithab asy-
Syari’ (seruan Pembuat syariat), baik yang terdapat dalam al-Quran,
as-Sunnah, mahupun Ijmak Sahabat.

Dalam hal ini, kategori mukallaf itu ada dua: Muslim dan non-Muslim
selama syarat taklif tersebut mereka penuhi:

(1) berakal (al-’aqil);

(2) baligh (al-baligh); dan

(3) mampu (al-qadir).

Ini didasarkan pada sabda Nabi Sallallahu `alaihi wa sallam:
Pena syarak (hisab Allah) itu telah diangkat dari tiga kelompok
orang: dari orang tidur hingga dia bangun; dari anak kecil hingga
dia baligh; dan dari orang gila hingga dia boleh berfikir atau
sembuh. (HR an-Nasai dari Aisyah ra.)

Inilah ketentuan bahawa orang mukallaf itu semestinya akil-baligh.
Adapun ketentuan yang ketiga, iaitu mampu, dasarnya adalah firman
Allah Subhanahu wa ta’ala.:
Sesungguhnya Allah tidak akan membebani (memberikan taklif hukum)
kepada manusia, kecuali sesuai dengan kemampuannya. (QS al-Baqarah
[2]: 286).

Kedua dalil di atas sama-sama bersifat umum; tidak hanya berlaku
untuk kaum Muslim, tetapi juga non-Muslim. Dalil lain adalah firman
Allah Subhanahu wa ta’ala.:
Celakalah orang-orang musyrik yang tidak menunaikan zakat, sementara
mereka mengingkari Hari Akhir. (QS Fushilat [41]: 6-7).

Sekiranya mereka tidak terkena taklif dalam perkara furu’ (syariat),
pasti ketika orang musyrik (termasuk orang non-Muslim lainnya) tidak
melakukannya, Allah tidak akan mengecam mereka. Kenyataannya, Allah
mengecam mereka. Kecaman Allah kepada mereka, kerana mereka
meninggalkan perkara furu’ (syariat), membuktikan bahawa mereka
sebenarnya juga terkena khithab dalam perkara furu’ (syariat)
tersebut.

Kerana itu, hukum Islam bukan hanya khusus bagi Muslim, tetapi juga
non-Muslim. Hanya dalam penerapannya tetap ada wilayah di mana orang
non-Muslim boleh dan semestinya melaksanakannya serta ada wilayah di
mana mereka tidak boleh, bahkan perlu dilarang untuk
melaksanakannya.

Penjelasannya sebagai berikut:

Pertama: Jika dalam pelaksanaannya kerana kesedaran dan inisiatifnya
sendiri dan bukan kerana dipaksa oleh negara, maka boleh
diklasifikasikan menjadi dua:

1. Jika pelaksanaan hukum-hukum tersebut mensyaratkan adanya syarat
(ketentuan) Islam-seperti solat, puasa, haji, zakat dan ibadah-
ibadah yang lain-maka orang non-Muslim tidak boleh melaksanakan
hukum-hukum tersebut, bahkan mereka perlu dilarang mengerjakannya.
Contoh lain adalah kesaksian orang non-Muslim terhadap selain harta,
menjadi penguasa kaum Muslim atau hakim bagi kaum Muslim, atau yang
lainnya.

2. Jika selain hukum di atas, ertinya Islam tidak dinyatakan sebagai
syarat dalam pelaksanaannya, maka mereka boleh melaksanakan hukum
tersebut, misalnya keikutsertaan mereka dalam berjihad bersama kaum
Muslim, kerana memang dalam berjihad tidak disyaratkan semestinya
Muslim. Demikian pula dengan kesaksian dalam masalah harta, medis,
dan hal-hal teknis lain yang memang tidak menetapkan Islam sebagai
syaratnya.

Kedua: Jika pelaksanaan hukum-hukum tersebut bukan kerana
inisiatifnya sendiri, melainkan kerana dipaksa oleh negara, maka
dalam konteks ini pun perlu dirinci:

Jika hukum-hukum tersebut merupakan bahagian yang khithab-nya
dinyatakan secara umum dan tidak dibatasi dengan syarat semestinya
beriman maka dilihat: kalau ternyata hukum tersebut tidak boleh
dikerjakan, kecuali oleh orang yang berstatus Muslim, kerana Islam
menjadi syarat dalam pelaksanaannya, maka dalam dua konteks ini,
mereka tidak boleh dipaksa oleh negara untuk melaksanakannya.
Khithab Pembuat syariat tersebut juga tidak akan diterapkan kepada
mereka. Kerana itu, Khalifah tidak akan dan tidak boleh memberikan
sanksi kepada orang non-Muslim kerana mereka tidak beriman kepada
Islam. (Lihat: QS al-Baqarah [2]: 256; QS at-Taubah [9]:29).

Rasulullah Sallallahu `alaihi wa sallam juga membiarkan orang-orang
kafir Yaman tetap memeluk agama mereka dan cukup dengan membayar
jizyah. Mereka tidak akan dipaksa untuk solat dengan kaum Muslim dan
mereka juga tidak dilarang beribadah sesuai dengan ketentuan ibadah
mereka, sebagaimana ketetapan Rasulullah Sallallahu `alaihi wa
sallam yang membiarkan mereka tetap memeluk agama mereka dan praktik
ibadah mereka; membiarkan gereja-gereja mereka di Yaman, Bahrain,
dan Najran. Rasulullah juga tidak pernah menghancurkan gereja-gereja
mereka yang tidak memeluk Islam Ini menunjukkan, bahawa mereka
dibiarkan tetap mengikuti agama yang mereka peluk dan mereka sembah.
Mereka tidak boleh dipaksa untuk berjihad meski kalaupun mereka
ikut, boleh. Mereka juga tidak akan dipaksa untuk tidak minum khamr.
Mereka juga tidak diberi sanksi kerana meminumnya. Sebab, orang-
orang Nasrani di Yaman pada zaman Nabi Sallallahu `alaihi wa sallam,
ketika mereka minum khamr, mereka dibiarkan. Para Sahabat pun ketika
melakukan penaklukan ke berbagai negeri tidak melarang orang-orang
non-Muslim untuk minum khamr.

Di luar ketentuan tersebut, iaitu ketika Islam tidak dijadikan
syarat dan tidak ada nash yang memberikan kebebasan kepada mereka
untuk menerapkannya, maka mereka akan dituntut dan dipaksa untuk
menerapkannya. Mereka juga akan diberi sanksi ketika
meninggalkannya. Sebab, orang non-Muslim tetap dituntut untuk
melaksanakan hukum-hukum Islam, yang tidak disertai dengan faktor
keimanan sebagai syarat dalam pelaksanaannya. Dalilnya adalah
penerapan hukum yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap orang-orang
non-Muslim. Dalam hukum muamalat, misalnya, Beliau melakukan
muamalat dengan mereka berdasarkan hukum Islam. Demikian pula dalam
masalah sanksi (‘uqubat). Telah menjadi ketetapan dari Beliau,
bahawa Beliau memberikan sanksi kepada mereka yang melakukan
pelanggaran.

Anas ra. menuturkan:
Ada seorang Yahudi telah membenturkan kepala anak perempuan di
antara dua batu. Ketika anak perempuan tersebut ditanya siapa yang
melakukannya kepadamu, si fulan atau si fulan, sampai dia sebut
orang Yahudi tersebut, maka orang Yahudi itu pun dihadirkan,
kemudian Nabi Sallallahu `alaihi wa sallam memerintahkan agar
kepalanya dibenturkan dengan batu. (HR al-Bukhari).

Ibn Umar ra. juga berkata: Sesungguhnya Nabi Sallallahu `alaihi wa
sallam. Pernah merejam, dalam kes zina, seorang laki-laki dan
seorang wanita Yahudi yang berzina. (HR Muslim).

Hadis-hadis ini membuktikan, bahawa Rasulullah Sallallahu `alaihi wa
sallam telah memberikan hukuman kepada orang-orang non-Muslim, sama
seperti terhadap kaum Muslim. Ini adalah hujjah yang menunjukkan,
bahawa mereka dipaksa untuk melaksanakan hukum syariat dan bahawa
hukum Islam tersebut juga berlaku bagi mereka sebagaimana bagi kaum
Muslim.

Kerana itu, semua orang non-Muslim juga menjadi objek seruan syariat
Islam secara umum, baik dalam konteks usul (akidah) mahupun furu’
(syariah). Khalifah juga diperintahkan untuk menerapkan semua hukum
syariah kepada mereka. Jika ada pengecualian maka pengecualian
tersebut dari aspek penerapan hukum, bukan dari aspek seruannya,
iaitu hukum-hukum yang dinyatakan oleh nas, baik al-Quran mahupun
Hadis, sebagai hukum yang tidak diterapkan kepada mereka, atau hukum-
hukum yang dinyatakan oleh nas sebagai hukum yang khusus untuk kaum
Muslim. Selain itu, seluruh hukum Islam wajib diterapkan kepada
orang Muslim mahupun non-Muslim, tanpa kecuali.

Untuk merealisasikan semuanya itu diperlukan sosialisasi (melalui
pendidikan/dakwah) kepada kaum Muslim dan non-Muslim sehingga hukum-
hukum tersebut menjadi pandangan dan kesedaran umum bagi masyarakat.
Dengan cara seperti itulah, kelak penerapan syariat Islam akan lebih
mudah diwujudkan.

Popularity: 3% [?]

PDF Download    Download artikel PDF; dikirim via email

Comments are closed.

VIDEO

TAG CLOUD

abu bakar baasyir Afghanistan Ahmadiyah Anak Bank Century CIA dakwah kampus demokrasi Doa feminisme Fitnah gaza gender hari raya hilal Hizbut Tahrir hti idul adha Israel jihad jilbab khilafah konferensi rajab korupsi kpk kurban libya Mesir obama pakistan palestina pks pornografi qaddafi raMADHAN revolusi riba rukyat sekolah seks bebas Sri Mulyani syariat terorisme ulama yahudi Afghanistan (7)
Afrika Selatan (1)
Aktivis (3)
Amerika Serikat (28)
Anak (13)
Analisis (14)
Aqidah (8)
Arab Saudi (4)
Audio (2)
Australia (1)
Bangladesh (2)
Belgia (1)
Berita (104)
Bisnis (4)
Bosnia Herzegovina (2)
Buku (6)
Chechnya (1)
Cina (3)
Dakwah (19)
Dakwah Islam (3)
Dari Redaksi (20)
Denmark (1)
Doa (7)
Ekonomi (24)
Fikih (15)
Fikrah (12)
Film (4)
Hadis (4)
Harakah (16)
Hukum (9)
Ibadah (16)
Ibadah (10)
Ijtimai (14)
Indonesia (135)
Inggris (11)
Inspiratif (4)
Internet (5)
Iqtishodi (18)
Iran (1)
Israel (9)
Jerman (1)
Kegiatan (4)
Keimanan (12)
Kesehatan (4)
Khalifah (4)
Komputer (3)
Konsultasi (5)
Kontemporer (2)
Kritik (66)
Kuwait (1)
Kyrgystan (1)
Lebanon (3)
Libya (7)
Mathumat (2)
Mesir (6)
Movie (23)
Muda (6)
Nafsiyah (3)
Nafsiyah (5)
Nisa (9)
Norwegia (2)
Opini (1)
Pakistan (7)
Palestina (18)
Pemerintahan (22)
Penampilan (2)
Pendidikan (12)
Perancis (3)
Politik (36)
Politik LN (1)
Politis (6)
Radio (1)
Renungan (16)
Rumah Tangga (3)
Rusia (3)
Samara (10)
Sanksi (1)
Sejarah (21)
SEO (1)
Serbia (1)
Siyasah (8)
SMS (5)
Swiss (2)
Tafsir (1)
Tafsir Al Quran (5)
Tajikistan (2)
Teknologi (2)
Televisi (12)
Tokoh Jahat (1)
Turki (3)
Ulama (3)
Umum (12)
Ushul Fikh (1)
Uzbekistan (6)
Wawancara (11)
Web Design (1)
Yordania (2)

WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.

Sponsors
  • Partner links

  • About Me

    Syariah Publications.Mengopinikan wajibnya penerapan syariah dan khilafah. Memberitakan informasi terbaru seputar dunia Islam.

    Twitter

      Photos

      Erwin Permana2Dr Ing Fahmi Amhar memberikan ceramah2Dwi CondroFahmi LuqmanMahasiswa dari BaliMahasiswa dari PapuaRombongan Mahasiswi dari Malang jatimRombongan mahasiswa Yogya
      14 visitors online now
      7 guests, 7 bots, 0 members
      Max visitors today: 68 at 01:48 am WIT
      This month: 68 at 02-05-2012 01:48 am WIT
      This year: 68 at 02-05-2012 01:48 am WIT
      All time: 221 at 04-03-2011 08:58 pm WIT